BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 27, 2009

Meredah atau menongkah arus?


SALAM tahun baru 1431H..Sudah beberapa hari kita menyambut tahun baru Islam...dan tidak beberapa lama lagi 2010 pula akan muncul..ada pelbagai rasa muncul menjelangnya tahun baru ini...ada yang menyambut dengan kegembiraan.ada yang memulakannya dengan kesedihan.ada yang meratapi kehilangan.ada yang diwarnai dengan kegemilangan.ada yang berhijrah ke tempat baru...ada yang bakal memulakan hidup baru...Dan apa yang penting semua yang berlaku menjadikan kita manusia baru.Moga2 tahun baru ini mnjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Lama rasanya tak menulis dalam blog nih..walaupun idea memang melambak,cuma kadang kala masa tidak kena pada tempatnya....hanya mampu tersimpan dalam kepala...

Cuti persekolahan yang dirasakan lama semasa mula bercuti dulu telah sampai kepenghujungnya..next week,aura sekolah telah mula terasa..dan ada diantara pelajar2 kita sudah mula kembali ke sarang mereka...walaupun langkah berat dan longlai..namun,ilmu perlu dicari....perjuangan perlu diteruskan...

Cuma masa cuti nie..terdengar juga rungutan dalam kalangan ibu bapa yang mengeluh dengan hobi n trend zaman kini...anak2 ralit mengadap komputer...tak hirau breakfast,tak kisah lunch,dinner terabai.bila dipanggil,sekali tidak bersahut.dua kali,hanyaa mengumam.dijerkah baru nak kelam kabut menyahut.diajak berjalan rumah saudara..memuncung bibir,di ajak ziarah ke rumah atuk...disambut dengan gelengan,dipelawa pergi kenduri kawin...lagi la...tak berganjak dari jagongan....
Apa gaknya yang mereka hadap sampai leka,lalai,tak hirau dunia...solat pun entah ke mana,berbual dengan ibu bapa pun tidak...bersembang dengan adik beradik pun tidak...runtuh ke,terbalik ke,semuanya tak mampu nak mengalihkan tumpuan dan kekhusyukan mereka...

Rupa-rupanya...masing2 sibuk!!!!menternak...bertani...berladang...menjaga ikan...berperang...n..macam2 lagi la....huhuhuhu....sampai rumah menjadi senyap sunyi...macam baru dilanggar garuda.masing2 sibuk mencuci aquarium...memberi makan ternakan...membelai haiwan kesayangan...berniaga di cafe dan mengambil pesanan...sampai tak cukup kaki tangan melakukan semua aktiviti tuh....

TAPI AWAS fenomena nih...bukan sahaja melanda anak2 kita...ia termasuk juga kelompok ibu bapa yang taksub dengan menda yang sama...apa nak jadi???kita yang sepatutnya memantau anak2 kita...ini tidak...ikan di aquarium maya di layan..anak di rumah kebuluran tak makan.Tanah di alam maya penuh tanaman...pokok di rumah layu tak bersiram...aquarium di rumah berkeladak tidak di peduli.rumah tangga menjadi tunggang langgang...mana praktikalnya daripada teori yang diadaptasi?

Bagi ibu bapa yang bekerja...waktu senggang yang tidak seberapa tu la sepatutnya digunakan untuk bermesra dengan anak2.bertanyakan kerja rumah anak2.menyelidiki masalah anak2.mengajar anak2 mengaji dan menyelami diri anak2...Tapi...bila masa senggang itu juga bapa/ibu tekun mengadap komputer,pertanyaan anak tidak diendah...sapa anak dijawab jengkel,rajuk anak diugut marah...mana lagi harmoninya hidup berkeluarga.Mendidik anak, saya akui..bukan menjadi untuk sehari dua.puluhan tahun pun mugkin belum tentu menjadi...melentur bluh biar lah dari rebungnya...Kita sebagai ibu bapa,contoh terhampir pada diri mereka...

Bukan kita menolak teknologi,kini ia satu keperluan.Kalau kita menolak,kita akan tertinggal.Sama seperti kita menarik rambut dalam tepung...biarlah rambut itu dapat ditarik keluar...dan tepung tidak berserakan.Kalau kita menongkah arus,kita akan kepenatan...Kalau kita mengikut arus..kita akan lebih pantas.TAPI AWAS!jangan sampai kita dihanyutkan arus.Tenggelam kita nanti.Tapi syukur juga kalau kita masih boleh mengapungkan diri..ataupun menyelam ke dassar..tapi berapa lama daya kita?kan lebih bagus kalau kita boleh menyusur sungai itu dengan berpegang pada tali..agar langkah kita mengikut arus tadi tidak terasa goyah...malah semakin mantap dan berkeyakinan.
Bukan memandai atau macam dah bagus...sekadar mengingatkan diri sendiri yang kadang kala juga terleka...juga untuk panduan sesiapa juga yang membaca catatan ini...moga kita tidak terus alpa dan terlalai.Renungan untuk diri kita,di mana kita,anak2 kita dan keluarga kita.Sebab,kalau zaman dulu ibu bapa kita risau bila anak2 keluar rumah tak tentu hala kerana tidak dapat mengawasi mereka...tapi kini...anak2 tidak keluar rumah!tapi kita tetap perlu mengawasi mereka juga...jangan sampai mereka dekat dengan kita...tetapi jauh dari hati kita.Ingat!teknologi mendekatkan apa yang jauh...bukan menjauhkan apa yang dekat!

Wallahualam...

Saturday, December 12, 2009

Jenjalan...(location:muooo...melaka)

tuuuuuu...............comel tangan menunjuk ke arah rusa...

masssssa tuk maaaaaaaaiiiiin.....yahooooo!!!


sedaaapnyer.... dap dap....dap....nyum nyummm
juuuukk...daaappp!!!

makan time.....

Wednesday, December 2, 2009

Kek Prune la plak.....

Kek ni resepinya aku dapat dari kak Bi semasa menuntut di USM tahun 1998..dek ketaksuban dengan keenakannya aku pun mencuba sendiri...siap mintak kak bi sms kan resepinya....kelebihan kek ni,ia tak muak sperti kek2 lain...n rasanya pun tak begitu manis...
berminat mencuba?
bleh la try....bukan apa...kalo ramai yang suka, aku pun tumpang gumbira la....
BAHAN-BAHANNYA
Bahan A
1 cawan prune-dihiris2
1 cawan gula merah
1 cawan air
Bahan B
250 g butter(ala yang seketul tuh)
2 cawan rata tepung naik sendiri
1 cawan gula
6 biji telur(saiz A/B)-diasingkan putih n kuning nye
biskut marie
esen vanila
Cara-caranya
Bahan A
Masukkan prune+air+gula merah-masak hingga mendidih dan agak pekat..sejukkan
*Pukul putih telur hingga kembang-ketepikan dulu...
Dalam bekas yang lain
1.Pukul butter+gula hingga kembang...
2.Masukkan kuning telur daannn pukul...
3.Masukkan esen vanilla..pukul lagi hingga rata..
4.Masukkan putih telur...pukul..
5.Masukkan tepung naik sendiri..gaul hingga rata..
6.Masukkan prune yang telah di masak tadi...gaul hingga rata..
7.Letakkan adunan dalam loyang dan lapiskan dengan biskut marie tadi diatasnya...buat hingga adunan abis...(saya wat 3 lapis jek)
8.Bakar lebih kurang dalam 40-60 minit...
Selamat mencuba...


Sunday, November 29, 2009

Ikan Terubuk Masak Lemak Kunyit

Haaaa...tak tau nak masak pe time2 cuti nih...or...malas dah nak masak menu2 yang menyiksa diri...atau...dah tak de dah menu dalam kepala tu...kira ketandusan menu la.....atau...asyik2 menu yang sama jerrrrr....
apa kata korang cuba, try, test, menu nih....
Menu nih sesuai tuk ibu2 yang nak jimat masa n tenaga...sebab cara masaknya simple n baling2 jek....tapi AWAS!!!! jangan sampai terbaling periuk belanga plak....hahaha..
Ni ikan terubuk yang dah siap dimasak...tinggal separuh je...separuh lagi dah kene ngap...hahaha..boleh la wat gambaran pada korang bagaimana rupanya masakan nih...ok...

Bahan-bahannya
Seekor ikan terubuk-di bakar/dipanggang/digoreng*
10 biji cili padi-ditumbuk(boleh di adjust mengikut tahap kepedasan masing2)
1 biji bawang besar-ditumbuk
2 biji bawang kecil-ditumbuk
2 biji bawang putih-ditumbuk
2 cawan santan pekat-guna santan kotak pun boleh
3 cawan air
1 helai daun kunyit-dimayang halus...
Garam secukup rasa,sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya
Masukkan 3 cawan air di dalam kuali.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi...
Biarkan hingga mendidih...
Masukkan ikan yang telah siap di bakar/dipanggang/digoreng tadi...
Biarkan seketika...(lebih kurang dalam 2 minit)
Masukkan serbuk kunyit dan daun kunyit,gaulkan..
Masukkan santan pekat.
Masukkan garam...dan rasa...
Biarkan hingga mendidih pada api yang kecil...
Angkat dan hidangkan.

*boleh juga dicuba untuk makanan laut yang lain..seperti udang,ketam,siput sedut-tak perlu di bakar/dipanggang/digoreng dahulu...
ayam atau daging pun boleh juga....ikan sardin pun boleh juga...
terpulang pada kreativiti anda untuk mencuba...


Selamat mencuba n menjamu selera...:)



Wednesday, November 25, 2009

Bekerja dengan CINTA


Bila engkau bekerja dengan cinta
Itu bererti engkau menenun dengan sutra dari hatimu
Seakan kekasihmu sendiri yang mengenakannya
Itu bererti engkau menabur dalam kelembutan,
memetik dengan suka cita,
seakan kekasihmu sendiri yang menikmatinya di meja perjamuan.

Kerja adalah cinta yang nyata, kasih yang tampak
Dan jika engkau tak bisa bekerja dengan cinta, tetapi dengan rasa enggan,
maka baiklah bagimu meninggalkan tempat kerjamu,
dan duduk dipinggir jalan sambil mengemis sedekah.

Sebab jika engkau bekerja sambil bersungut-sungut,
sebenarnya engkau tengah menabur racun di dalam adunan rotimu.
Dan jika engkau setengah hati,
Sebenarnya engkau tengah membuat roti busuk yang membuat sakit perut.
Dan jika engkau menyanyi seindah lagu bidadari,
tetapi engkau berdendang tanpa cinta,
maka tembangmu hanya membuat bising telinga orang.


Dinukil dari:
Khalil Gibran, 2000. The Greatest Work Khalil Gibran. Mumbai: Jaico Publishing House, p. 71

Guru dominasi pengajaran punca pelajar kurang kreatif


Oleh Rosniza Mohd Taha


AMALAN pengajaran dan pembelajaran (P&P) memfokus guru antara punca pelajar dihasilkan sistem pendidikan negara ini kurang memiliki kemahiran berfikir dan kreativiti. Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin, berkata guru mendominasi proses pembelajaran dalam kelas dengan lebih banyak bercakap berbanding menggalakkan interaksi dua hala dengan pelajar. Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata pendekatan itu secara tidak langsung menghasilkan kesan tidak diingini, iaitu pelajar beranggapan guru mahu mereka mendengar saja terlebih dulu dan hanya boleh bertanya soalan apabila disuruh.


Beliau berkata, pembelajaran sehala yang menjadi amalan sistem pendidikan negara sekian lama itu perlu diubah dan bukan salah guru sepenuhnya kerana mereka diletakkan dalam keadaan itu. Keghairahan mendapat pengiktirafan sekolah terbaik, katanya, juga membuatkan guru berlumba menghabiskan sukatan pelajaran supaya ulang kaji dan latih tubi dapat dilaksanakan bagi memastikan pelajar mencapai sasaran keputusan cemerlang. Sambil menjelaskan isu kelemahan kemahiran berfikir di kalangan pelajar termasuk yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sering diketengahkan tokoh pendidik dan wakil industri, beliau berkata:


“Malah keputusan Ujian Aptitud pertama diperkenalkan Kementerian Pelajaran bagi murid Tahun Enam ketika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menunjukkan hanya 5.7 peratus mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, manakala 34.34 peratus mempunyai kemahiran berfikir, mengesahkan lagi perkara ini. “Pendekatan guru memonopoli pembelajaran dalam kelas dengan mereka saja yang banyak bercakap, malah mengedarkan salinan nota disediakan seolah-olah menyempitkan gaya pemikiran pelajar. “Lebih parah apabila soalan pelajar tidak diendahkan, sekali gus tidak menggalakkan pemupukan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.”


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama bertajuk Learned Paralysis: The Unintended Consequences of the Classroom Process pada Persidangan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Pengajian Tinggi 2009 (ICTLHE09) di Kuala Lumpur, kelmarin. Wan Zahid berkata, dalam memastikan pelajar meraih pencapaian cemerlang akademik, seharusnya pembangunan keseluruhan potensi mereka terutama kemahiran berfikir tidak dikorbankan. Bagi memastikan perkara itu, katanya, peneraju kepemimpinan sesebuah institusi pendidikan termasuk guru besar dan naib canselor perlu memainkan peranan utama dengan mereka sendiri arif mengenai kaedah P&P berkesan.


Beliau turut memberi contoh kejayaan projek perintis dilaksana Kementerian Pelajaran pada pertengahan 1990-an dalam usaha menghasilkan perubahan dramatik pencapaian sebuah sekolah biasa hingga tersenarai antara sekolah terbaik peringkat kebangsaan. Katanya, Sekolah Menengah Jalan Bayam, Kelantan pada masa itu hanyalah sekolah biasa, malah dilabel sebagai pusat longgokan pelajar dan guru bermasalah. “Namun, dengan inisiatif dan kreativiti guru besarnya yang diberi autonomi penuh mentadbir dengan pendekatan tersendiri, sekolah itu berjaya menjadi antara terbaik selepas lima tahun program itu dijalankan. “Antara pendekatan unik guru besar terbabit yang berjaya melonjak pencapaian sekolah adalah melaksanakan pembelajaran tanpa jadual kelas tetap. “Selain itu, menggalakkan pelajar mendominasi proses pembelajaran dalam kelas, membabitkan mereka dalam proses penilaian guru serta menjadikan aktiviti kemasyarakatan dan sukan sebagai sebahagian program utama kokurikulum,” katanya.

Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra SK Peserai


Tahniah kepada semua penerima anugerah kurikulum n kokorikulum.Semoga kecemerlangan terus menjadi milik kita....Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Aris Samsudin yang sudi datang merasmikan majlis.Kepada guru-guru,ibu bapa, murid2...dan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini sehingga dapat berjalan dengan lancar...diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Pembuka tirai-persembahan angklung dan rekoder

Tetamu kehormat yang sudi hadir.

Ucapan Guru Besar-Tuan Hj Sarkawi bin Satu

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat...

Persembahan Zapin dari murid pra SK Peserai...









Tuesday, November 10, 2009

Kisah Seorang Ibu Tua...

ini kisah benar yang diadaptasikan dari sebuah realiti kehidupan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan...mendengar rintihan ibu tua ini...mengajar aku erti sebuah keinsafan yang begitu menusuk dalam kalbu...
apalah sangat yang diharapkan dari seorang ibu tua...selain dari kepulangan anak-anak dan cucu-cucunya...mengharapkan secebis ingatan untuk mengubat kerinduan.rasa rindu untuk menatap wajah anak-anak yang pernah dikandungnya...disusuinya..dibesarkan...dan diasuh dengan penuh kasih sayang...yang dibelainya...didodoikannya bagai menatang minyak yang penuh.
Bukan wang ringgit yang dipintanya..bukan kemewahan yang ditagihnya...jauh sekali emas dan permata...kerana itu bukan lah berharga pada dirinya...dan...bukan juga apa-apa pun...
Setiap petang duduk di beranda...seorang diri melayan sepi yang bertamu ...setelah pemergian suami tercinta,kesepian yang bertamu dalam dirinya lebih mencengkam..tiada lagi teman melata tawa...tiada teman menghimpun duka...apa lah lagi yang tinggal bersama dirinya....selain kasih anak-anaknya...itu saja...
saban hari dan waktu,mata tuanya sentiasa memandang ke jalan raya..menjenguk dan mengintai...adakah anak-anaknya yang pulang...tetapi hanya wajah kehampaan yang terpamer dari kedut-kedut dimukanya...esok...dia menanti lagi...lusa ditungguinya...tulat...langkat dan seterusnya...namun penantiannya seperti tiada akhiran...tubir matanya bergenang air mata sayu...yang di lampias dalam sendu yang tertahan....
namun bibir tua itu...tetap memanjat doa setia untuk anak-anaknya....moga diberi kelapangan dan kesempatan...moga anak-anaknya ampuh menerima dugaan Tuhan...hatinya tak pernah bersangka buruk pada anak-anaknya...walaupun sekelumit..mengharapkan moga satu hari nanti terbuka hati anak-anaknya untuk mengingati dirinya...
mmmm aku macam nak menangis ni...benarlah...seorang ibu mampu menjaga 10 anak...tapi antara anak-anak yang ramai itu...siapa yang mampu untuk menjaga seorang ibu...jagalah hati ibu...janagn di guris hati yang satu itu...aku berharap agar teman-teman dan sesiapa jua yang membaca coretan ini mengambil iktibar daripada kisah ini..